RM381.21j kos istiadat bakar mayat Raja Bhumibol

LOKASI istiadat pembakaran mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dikelilingi kolam buatan di Bangko

 

LOKASI istiadat pembakaran mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dikelilingi kolam buatan di Bangkok, Thailand. AFP

 

BANGKOK 21 Okt. – Thailand memperuntukkan sehingga tiga bilion baht (RM381.21 juta) sempena istiadat pembakaran mayat Raja Bhumibol Adulyadej yang dija­dual berlangsung minggu depan.

Dianggarkan, tidak kurang daripada 250,000 rakyat negara ini akan menghadiri upacara yang dijalankan secara besar-besaran itu.

Persiapan untuk upacara ber­ke­naan dikatakan telah dirancang sejak hampir setahun lalu iaitu sejak kemangkatan Raja Bhumibol pada 13 Oktober tahun lepas, setelah memerintah Thailand selama hampir tujuh dekad.

Walaupun Raja Maha Vajiralongkorn telah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada ayahandanya ketika ini, namun pertabalan hanya akan dijalankan selepas istiadat pembakaran mayat itu selesai.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin dunia dijangka mengha­diri istiadat pembakaran mayat mendiang Raja Bhumibol.

Antaranya termasuk pemerintah Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck serta pasangan diraja Jepun, Putera Akishino dan Puteri Kiko.

Istiadat berkenaan dijangka bermula Khamis depan dan akan berlangsung selama lima hari berturut-turut.

Pada hari yang akan diisytiharkan sebagai cuti umum itu juga, semua premis perniagaan akan ditutup termasuk lebih 10,000 kedai serbaneka yang beroperasi selama 24 jam iaitu 7-Eleven. – REUTERS

Related Posts

Bahasa Melayu

keadaan di Patani kembali bergolak

Bahasa Melayu

Dua suspek militan mati ditembak di Pattani

Bahasa Melayu

Enam suspek serangan bom di Pattani ditahan

Bahasa Melayu

Siapa dalang dua letupan kereta penjajah ?

Bahasa Melayu

Bom di Pattani 4 tentera maut 5 cedera parah