Image may contain: house, plant, tree, outdoor and nature

8 November 2017
Tembak

PATTANI – THAILAND. Pasukan keselamatan Thailand menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kumpulan militan dalam kejadian berbalas tembak di Kampung Chok Bo, Saiburi di sini, hari ini.

Ketua Ranger Kompeni ke-44 Saiburi, Kol Phumipat Bunreangkhao berkata, kira-kira 30 anggota keselamatan telah mengepung sebuah rumah di kampung berkenaan mulai 4 pagi (waktu tempatan).

“Kepungan itu dilakukan selepas mendapat maklumat perisikan bahawa dua lelaki yang mempunyai waran tangkap bersembunyi di rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada jam 10 pagi, katanya, berlaku tembak-menembak apabila ketua skuad keselamatan berusaha memujuk kedua-dua suspek itu supaya menyerah diri menggunakan pembesar suara.

Selepas insiden tembak-menembak itu terhenti, menurut beliau, anggota keselamatan menemui mayat Alias Dahamea, 28 dan Qaddafi Samasae, berumur 23 tahun serta dua pucuk pistol 9mm di sisi mayat kedua-dua lelaki itu.

Katanya, pihaknya percaya kedua-dua suspek itu terbabit dalam insiden letupan bom pada 22 Sept lepas yang mengorbankan empat anggota tentera. – Bernama
http://www.sinarharian.com.my/global/dua-suspek-militan-mati-ditembak-di-pattani-1.754589