OIC anjur dialog antara agama di Bangkok

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan menganjurkan persidangan mengenai Dialog Antara Agama di Asia Selatan dan Asia Tenggara, di Bangkok dari 18 hingga 20 Disember dan julung kali diadakan di Thailand.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Pusat Antarabangsa Interaktif dan Interbudaya Antarabangsa Raja Abdullah bin Abdulaziz (KAICIID) dan disokong oleh Majlis Agama untuk Keamanan/Antara Agama Thailand, Universiti Mahidol dan Universiti Fatoni.

Lebih 70 peserta yang terdiri pemimpin agama dan masyarakat sivil, ahli akademik, pembuat dasar dan intelektual dari Thailand, Myanmar, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Singapura serta Malaysia, akan membincangkan bagaimana agama serta kebudayaan di Asia Selatan dan Asia Tenggara dapat dipupuk untuk menggalakkan pemahaman lebih baik dan saling menghormati.

“Persidangan itu juga akan mengkaji cabaran semasa berkaitan hubungan antara agama di rantau Asia secara lebih luas dan menyuarakan cadangan untuk memperkukuhkan perlindungan dan penerimaan para pengikut agama di negara masing-masing,” kata OIC dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman web pertubuhan itu hari ini.

Turut dijangka hadir wakil diplomatik negara-negara Eropah, Amerika Utara dan Arab yang berada di Bangkok dan akan bertindak sebagai pemerhati. – Bernama

untok maklum iniberkaitan dengan agama bukan masalah politik.

Related Posts

Bahasa Melayu

Tentera Thailand tahan dua suspek serangan bom di Pattani

Bahasa Melayu

Sembilan renjer cedera dalam insiden letupan di Pattani

Bahasa Melayu

BOM MELETUP 6 TENTERA PENJAJAH THAI CEDERA

Bahasa Melayu

PENJAJAH BUAT TANGKAPAN RAKYAT AWAM SERAMAI 20 ORANG

Bahasa Melayu

SERANGAN BOM BERTERUSAN DI NARATHIWAT