Empat Tentera Thailand cedera letupan bom di Narathiwat

Empat Tentera Thailand cedera letupan bom di Narathiwat

Empat anggota tentera Thailand cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan tempur yang dinaiki mereka terbalik selepas terkena letupan bom buatan sendiri di sebuah wilayah bergolak di Selatan Thailand. – Foto Bernama

 

NARATHIWAT – Empat anggota tentera cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan tempur yang dinaiki mereka terbalik selepas terkena letupan bom buatan sendiri di sebuah wilayah bergolak di selatan Thailand.

Kejadian itu berlaku kira-kira 12.30 tengah hari (waktu tempatan) tadi di daerah Chana, Narathiwat.

Penolong Ketua Polis Daerah Chana Kapten Adisong Promnu telah mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa anggota tentera dari unit jurutera itu sedang menghantar bekalan makanan untuk rakan mereka yang membina jalan.

Letupan itu dipercayai berpunca daripada sebutir bom buatan sendiri seberat kira-kira 25 kilogram dan diaktifkan mengguna wayar. – Bernama

Related Posts

Bahasa Melayu

Selatan Thailand digegarkan dengan tembakan, khianat malam tadi

Bahasa Melayu

3 Polis Thai cedera di Cho-I-Rong Narathiwat

Bahasa Melayu

Bom meletup di Yala dua tentera Thai cedera parah

Bahasa Melayu

Bom di tiga daerah wilayah Pattani

Bahasa Melayu

Dua cedera dalam letupan bom di Yala