Selatan Thailand digegarkan dengan tembakan, khianat malam tadi

 

Selatan Thailand digegarkan dengan tembakan, khianat malam tadi
Ketua Polis Narathiwat Kol Pol Jarueng Thammakan berkata, dua kebakaran besar berlaku terhadap pusat beli-belah terkenal di wilayah itu yang terletak di Jalan Ranget Makha dan Jalan Jamroon Nara mengakibatkan kerugian jutaan Baht.– Gambar AFP, 24 Februari, 2018.
BEBERAPA kejadian serangan khianat terhadap premis ekonomi and insiden tembakan berlaku di wilayah Narathiwat dan Pattani di selatan Thailand malam tadi, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, menurut polis.Ketua Polis Narathiwat Kol Pol Jarueng Thammakan berkata, dua kebakaran besar berlaku terhadap pusat beli-belah terkenal di wilayah itu yang terletak di Jalan Ranget Makha dan Jalan Jamroon Nara mengakibatkan kerugian jutaan Baht.

“Puluhan jentera bomba dikejarkan ke kedua-dua lokasi kejadian dan mengambil masa antara dua hingga empat jam untuk memadam kebakaran. Pusat beli-belah ini pernah menjadi mangsa pada serangan bom pada 2012,” katanya kepada pemberita hari ini.

Di Pattani pula, insiden membakar tayar di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pattani-Narathiwat turut berlaku malam tadi, disusuli dengan beberapa insiden tembakan terhadap pos-pos kawalan keselamatan.

Insiden tembakan terhadap pos kawalan keselamatan itu berlaku di Telok Krai Thong, Kalapor dan Saiburi di wilayah terbabit tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan kematian, menurut pegawai keselamatan setempat.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan bersenjata itu, katanya. – Bernama, 24 Februari, 2018.


 

Related Posts

Bahasa Melayu

3 Polis Thai cedera di Cho-I-Rong Narathiwat

Bahasa Melayu

Empat Tentera Thailand cedera letupan bom di Narathiwat

Bahasa Melayu

Bom meletup di Yala dua tentera Thai cedera parah

Bahasa Melayu

Bom di tiga daerah wilayah Pattani

Bahasa Melayu

Dua cedera dalam letupan bom di Yala